Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for global professionals · Saturday, May 17, 2025 · 813,610,329 Articles · 3+ Million Readers

Bitget Wallet Menyertai Consensus Toronto untuk Memperlihatkan Inovasi dan Pertumbuhan

/EIN News/ -- TORONTO, May 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget Wallet, dompet Web3 tanpa jagaan yang terkemuka, akan menyertai Consensus Toronto, salah satu acara Web3 yang paling dinanti-nantikan, yang berlangsung dari 14 Mei hingga 16 Mei 2025. Seiring dengan kematangan landskap Web3, Bitget Wallet tampil ke hadapan untuk menonjolkan kemajuan terbarunya dalam interoperabiliti rentas rantaian, keselamatan kontrak pintar dan reka bentuk yang mengutamakan pengguna. Penyertaan ini berikutan pelancaran Shop with Crypto oleh Bitget Wallet, sebuah pasaran dalam aplikasi untuk membelanjakan kripto bagi barangan harian serta penyepaduan dana indeks onchain Reserve untuk akses mudah kepada portfolio kripto yang pelbagai dalam dompet.

Acara selama tiga hari ini menghimpunkan pembangun, usahawan, pelabur dan pembina dari seluruh dunia untuk membincangkan masa depan kripto, infrastruktur rantai blok dan kewangan terdesentralisasi. Bitget Wallet akan hadir secara langsung sepanjang persidangan, berinteraksi dengan peserta dan pemimpin industri sambil memperkenalkan ciri produk baharu serta kemas kini ekosistem yang disesuaikan untuk pangkalan pengguna yang semakin berkembang pesat.

Edisi Consensus tahun ini menandakan titik perubahan yang signifikan bagi industri. Dengan penyertaan tokoh terkemuka, termasuk BlackRock dan wakil dari Rumah Putih, acara ini menunjukkan sejauh mana kripto telah berkembang ke arah pengiktirafan institusi dan kepentingan kawal selia. Kehadiran pihak berkepentingan seperti ini menggariskan perubahan naratif — daripada teknologi pinggiran kepada komponen penting dalam perbincangan kewangan global. Dalam konteks ini, Bitget Wallet bertujuan untuk menunjukkan cara alat jagaan kendiri yang mudah diakses dan selamat boleh berfungsi sebagai pintu masuk kepada penerimaan arus perdana.

Pada malam 14 Mei, Bitget Wallet akan menganjurkan VIP Whisky Tasting Night yang eksklusif sebagai sebahagian daripada kehadirannya di Consensus Toronto. Bertempat di lokasi yang unik, pengalaman ini bermula dengan sesi campuran wiski yang dikurasi di Above/Below Ground, di mana para tetamu akan meneroka campuran premium dalam suasana yang intim dan penuh makna. Malam terebut diteruskan dengan makan malam peribadi di ruang gua bawah tanah, menawarkan suasana yang elegan tetapi tidak konvensional untuk perbualan dan hubungan yang lebih mendalam. Setiap tetamu VIP juga akan menerima kotak bar emas peribadi yang mengandungi botol wiski berukir mereka sendiri — cenderahati yang direka untuk mencerminkan suasana malam: jarang, mendalam dan tidak dapat dilupakan.

Sejak dilancarkan sebagai tonggak utama ekosistem Bitget, Bitget Wallet telah berkembang untuk menyokong dan menyepadukan DApp serta protokol DeFi utama ke dalam antara mukanya. Dengan tumpuan pada kebolehgunaan dan keselamatan, dompet ini telah menjadi pilihan utama bagi pengguna yang ingin menguruskan aset digital, menukar token dan mengakses aplikasi terdesentralisasi. Semuanya dalam satu antara muka yang lancar.

“Consensus merupakan tempat di mana beberapa idea paling penting dalam industri dibentuk,” kata Alvin Kan, Ketua Pegawai Operasi Bitget Wallet. “Di sini, Bitget Wallet akan berkongsi cara kami menangani cabaran kritikal dalam penerimaan Web3 dan bekerjasama dengan ekosistem mengenai langkah seterusnya.”

Penyertaan dalam Consensus Toronto adalah berikutan kehadiran Bitget Wallet di Solana Blockchain Futurist Conference dan acara utama lain sepanjang Canada Crypto Week. Ini mencerminkan usaha lebih luas Bitget untuk menyokong inovasi terdesentralisasi melalui infrastruktur yang boleh diakses, selamat dan berpusatkan pengguna.

Perihal Bitget Wallet

Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan yang direka untuk menjadikan kripto lebih mudah, lancar dan selamat untuk semua. Dengan lebih 60 juta pengguna, ia menghimpunkan rangkaian penuh perkhidmatan kripto, termasuk pertukaran token, cerapan pasaran, pertaruhan, ganjaran, pelayar DApp dan penyelesaian pembayaran kripto. Menyokong lebih daripada 130 rantai blok, 20,000 lebih DApp dan sejuta token, Bitget Wallet membolehkan perdagangan rentas rantaian yang lancar merentasi ratusan DEX dan jambatan rentas rantaian. Disokong oleh dana perlindungan pengguna bernilai lebih $300 juta, ia memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk aset pengguna.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: X | Telegram | Instagram | YouTube | LinkedIn | TikTok | Discord | Facebook

Untuk pertanyaan media, sila hubungi media.web3@bitget.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/aca210c0-db22-4696-aa65-4d4c4b00cc2f


Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Conferences & Trade Fairs ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release